Mahkamah hari ini diberitahu bahawa menteri dalam negeri mengeluarkan arahan pada awal 2009 untuk menghalang akhbar Herald – The Catholic Weekly versi bahasa Melayu dari menggunakan kalimah 'Allah' kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan agama.
herald allah case government appeal 100913 2Penasihat kanan undang-undang persekutuan Suzana Atan berkata arahan dikeluarkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan hujah dalam rayuan kerajaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu yang mengisytiharkan bahaw pengharaman kalimah 'Allah' adalah tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, menteri bertindak mengikut “budi bicara mutlak” dalam menghalang penerbitan tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah'.

Kuasa yang diberikan kepada menteri tersebut adalah mengikut undang-undang dan mahkamah perlu berhati-hati dalam meyemak keputusan seperti itu, katanya.

“Kalimah 'Allah' dalam Islam merujuk kepada satu tuhan tetapi orang Kristian mempunyai konsep yang berbeza sama sekali,” katanya.