Tuesday, 16 October 2012

KHAS UNTUK ANAK MUDA YANG BANGSANYA MELAYU.



dalam seminggu dua ni terdapat 2-3 perkara yang sering melintas dalam mata bacaan aku.

pertama isu rohingya. umat islam di sana tidak terbela dan dibela oleh kerajaan yang bertanggungjawap. orang rohingya juga ada di malaysia.

kalau kita biasa melepak di beberapa kawasan perbandaran, akan jelas kedapatan kelibat rakyat rohingya yang mengusung anak kecil meminta sedekah siang dan malam.

bagi aku, pada mereka makan itu lebih utama.
makan minum untuk anak mereka lebih utama.

aku berkeyakinan mereka tiada memikirkan akan keperluan memakai pakaian sedap lagi berjenama, jauh lagi apabila menyentuh bab pendidikan anak.

bagi mereka, makan lepas minum lepas itu sudah memadai.

inilah dia suasana yang benar dan masih wujud di kalangan kelompok masyarakat kita.

2 tahun lepas aku ke kambodia. aku mengikuti lawatan pembukaan sekolah mahad tahfiz oleh exco pemuda  umno malaysia sohaimi sahadan.

sampai ke airport, perjalanan ke bilik hotel mengambil masa satu jam.

infra masih di takuk lama, jalan berlubang, trafik ala koboi.

orang boleh melintas, pemandu boleh picit hon 24 jam.

yang berjalan kaki boleh stop kan kenderaaan. selagi boleh di bawa muatan, selagi itulah  kederat kenderaan akan di optima kan sebaik mungkin bagi meneruskan kehidupan.

itulah ulangan dan realiti yang sama jika kita pernah ke kota jakarta.

sama sahaja stail hiruk pikuk nya.

kemudian hari kami bertolak ke kampung cham. jauh perjalanan mengambil masa 4 jam.

di sanalah terdapatnya ramai umat islam kambodia.

aku nak cakap benda penting dan tujukan realiti seterusnya kepada anak muda melayu.

dengar sini baik baik.

korang boleh bayangkan tak, di kampung cham suasana kampung tradisi nya sama seperti yang pernah kita tonton dalam filem laksamana do re mi.

penjualan barang masih mengaplikasi sistem barter. sistem tukar barang.

di sana kami sedekahkan ratusan naskah al quran dan muqaddam untuk anak kecil. yang tak mampu aku bayangkan apabila mereka berebut-rebut mendapatkan naskah percuma tersebut dari tangan yang memberi.

masjid mereka compang camping. belum plaster dan takde duit untuk plaster. bumbung bocor kiri kanan.

sistem elektriksiti masih menggunakan kaedah penjanaan bateri kereta untuk menghidupkan lampu.

namun kawan, dalam hidup penuh ketinggalan dan kedaifan, sifat mulia mereka yang menyanjung tinggi kehadiran saudara seislam dari malaysia amatlah terpuji.

bolehkah anda bayangkan  seluruh kampung, dari tok ketua sampailah wanita baru bersalin sanggup tunggu kehadiran kami walaupun lewatnya berjam-jam.

inilah dia layanan terhadap tetamu yang paling aku ingat sepanjang sejarah hidup. 

ikan toman merupakan makanan tersedap mereka, itulah makanan yang dihidangkan kepada kami sebagai tanda penghargaan mereka terhadap kehadiran tetamu sedara seislam dari malaysia.

cerita ni mudah dan simple, ianya melibatkan sedikit pengalaman aku di luar sana.

cuma nak bagitau anak muda melayu, hargailah apa yang kita kecapi sekarang ini.

kalau masih sukar untuk memahami realiti betapa untungnya kita tinggal di malaysia, aku pelawa anak muda melayu pergilah merantau ke kampung cham.

pulang saja ke malaysia, korang aku yakin akan bersyukur kepada nikmat kurniaan yang tuhan bagi kepada orang melayu di malaysia.

cerita rohingya dan kampung cham ada persamaan. mereka tak bernasib baik seperti bangsa melayu di malaysia.

memang mudah untuk meruntuh apa yang kita telah bina sahabat.

GAP