dalam seminggu dua ni terdapat 2-3 perkara yang sering melintas dalam mata bacaan aku.
pertama
isu rohingya. umat islam di sana tidak terbela dan dibela oleh kerajaan
yang bertanggungjawap. orang rohingya juga ada di malaysia.
kalau
kita biasa melepak di beberapa kawasan perbandaran, akan jelas
kedapatan kelibat rakyat rohingya yang mengusung anak kecil meminta
sedekah siang dan malam.
bagi aku, pada mereka makan itu lebih utama.
makan minum untuk anak mereka lebih utama.
aku
berkeyakinan mereka tiada memikirkan akan keperluan memakai pakaian
sedap lagi berjenama, jauh lagi apabila menyentuh bab pendidikan anak.
bagi mereka, makan lepas minum lepas itu sudah memadai.
inilah dia suasana yang benar dan masih wujud di kalangan kelompok masyarakat kita.
2
tahun lepas aku ke kambodia. aku mengikuti lawatan pembukaan sekolah
mahad tahfiz oleh exco pemuda umno malaysia sohaimi sahadan.
sampai ke airport, perjalanan ke bilik hotel mengambil masa satu jam.
infra masih di takuk lama, jalan berlubang, trafik ala koboi.
orang boleh melintas, pemandu boleh picit hon 24 jam.
yang
berjalan kaki boleh stop kan kenderaaan. selagi boleh di bawa muatan,
selagi itulah kederat kenderaan akan di optima kan sebaik mungkin bagi
meneruskan kehidupan.
itulah ulangan dan realiti yang sama jika kita pernah ke kota jakarta.
sama sahaja stail hiruk pikuk nya.
kemudian hari kami bertolak ke kampung cham. jauh perjalanan mengambil masa 4 jam.
di sanalah terdapatnya ramai umat islam kambodia.
aku nak cakap benda penting dan tujukan realiti seterusnya kepada anak muda melayu.
dengar sini baik baik.
korang
boleh bayangkan tak, di kampung cham suasana kampung tradisi nya sama
seperti yang pernah kita tonton dalam filem laksamana do re mi.
penjualan barang masih mengaplikasi sistem barter. sistem tukar barang.
di
sana kami sedekahkan ratusan naskah al quran dan muqaddam untuk anak
kecil. yang tak mampu aku bayangkan apabila mereka berebut-rebut
mendapatkan naskah percuma tersebut dari tangan yang memberi.
masjid mereka compang camping. belum plaster dan takde duit untuk plaster. bumbung bocor kiri kanan.
sistem elektriksiti masih menggunakan kaedah penjanaan bateri kereta untuk menghidupkan lampu.
namun
kawan, dalam hidup penuh ketinggalan dan kedaifan, sifat mulia mereka
yang menyanjung tinggi kehadiran saudara seislam dari malaysia amatlah
terpuji.
bolehkah
anda bayangkan seluruh kampung, dari tok ketua sampailah wanita baru
bersalin sanggup tunggu kehadiran kami walaupun lewatnya berjam-jam.
inilah dia layanan terhadap tetamu yang paling aku ingat sepanjang sejarah hidup.
ikan
toman merupakan makanan tersedap mereka, itulah makanan yang
dihidangkan kepada kami sebagai tanda penghargaan mereka terhadap
kehadiran tetamu sedara seislam dari malaysia.
cerita ni mudah dan simple, ianya melibatkan sedikit pengalaman aku di luar sana.
cuma nak bagitau anak muda melayu, hargailah apa yang kita kecapi sekarang ini.
kalau
masih sukar untuk memahami realiti betapa untungnya kita tinggal di
malaysia, aku pelawa anak muda melayu pergilah merantau ke kampung cham.
pulang saja ke malaysia, korang aku yakin akan bersyukur kepada nikmat kurniaan yang tuhan bagi kepada orang melayu di malaysia.
cerita rohingya dan kampung cham ada persamaan. mereka tak bernasib baik seperti bangsa melayu di malaysia.
memang mudah untuk meruntuh apa yang kita telah bina sahabat.
GAP
GAP
No comments:
Post a Comment